Lawatan Sambil Belajar ke China
NESDA telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Beijing, China pada 26/12 - 1/1/2013. seramai 56 orang Pekak bersama keluarga telah menyertai lawatan tersebut. Para peserta jelas amat teruja menikmati musim sejuk bersalji di Beijing setelah sekian lama hidup dalam cuaca tropika.
Kami seronok kerana inilah kali pertama kami melihat secara dekat dan menyentuh salji serta bermain ski. Selepas tu kami memanjat 'The Great Wall of China' yang terkenal sebagai salah satu keajaiban dunia. Beberapa orang berjaya memiliki sijil selepas bersusah payah memanjat dalam musim amat sejuk sampai tiba ke pondok di puncak di atas.
Kami juga telah melawat Tian An Men Square, Forbidden City, Acrobatic Show, Jade Museum, Fresh Water Pearl Center, Summer Palace, Masjid Cina Muslim dan banyak lagi.
Alhamdulillah ,kami berkesempatan solat jamak di masjid Cina Muslim setiap kali singgah di situ pada waktu zohor selepas makan tengahari. Kami menggigil kesejukan setiap kali berwuduk kerana kesejukan namun kami bertahan demi menunaikan ibadah solat sebagai hamba Allah.
Kami pulang ke tanah air pada 1/1/2013. Malangnya kami tidak sempat melihat sambutan tahun baru di China kerana telah berada dalam pesawat menuju ke Malaysia. Pada 8.30am Alhamdulillah kami tiba di LCCT.
-Laporan : Sariah binti Ibrahim-
Video Pelajaran Bahasa Isyarat Malaysia
Dengan kerjasama NESDA, video Pelajaran Bahasa Isyarat Malaysia yang mudah dan efektif kini boleh ditonton di www.vmysl.com .
Ikuti video-video baru di Facebook http://www.facebook.com/vmysl
Ikuti video-video baru di Facebook http://www.facebook.com/vmysl
Rumah Terbuka Hari Raya NESDA
Semua ahli NESDA dan keluarga dijemput ke Rumah Terbuka Hari Raya NESDA
Tarikh : 16 September 2012
Masa : 2.00-5.00 petang
Tempat : Bilik Aktiviti NESDA
Tempat : Bilik Aktiviti NESDA
Ucapan Hari Raya
13 Ogos 2012 - Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua ahli NESDA dan komuniti Pekak di seluruh Malaysia.NESDA turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Penaung NESDA iaitu Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hasan,Yayasan Munarah, MAINS dan JHEAINS. Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan berterusan yang diberi kepada NESDA selama ini.
Tolong sokong NESDA dengan tekan 'like' dan 'subscribe' pada video ini di Youtube. Terima kasih
Sumbangan Kasih dari Yayasan Munarah
16 Ogos 2012 - NESDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Munarah di atas Sumbangan Kasih yang disalurkan kepada lima orang ahli NESDA yang paling memerlukan. Bantuan telah diserahkan oleh Presiden NESDA Puan Sariah Binti Ibrahim dan Pembantu Tadbir NESDA Encik Amin Zuhaili bin Mansor.
Penerima-penerima Sumbangan Kasih ini adalah keluarga Puan Azila bt. Hj. Mohamed Maizuri yang merupakan seorang ibu tunggal, keluarga Encik Mohd. Nasir bin Hj Abdullah, keluarga Encik Zol Bakar bin Ismail,keluarga Encik Zulkefli bin Zainudin dan keluarga Encik Muhammad bin Isa.
Penerima-penerima Sumbangan Kasih Yayasan Munarah telah meluahkan rasa syukur yang tak terhingga di atas sumbangan yang tidak dijangka-jangka dan mendoakan semoga Allah memberi kesejahteraan dan kebaikan kepada para penyumbang. Semoga Allah meramaikan umat Rasulullah s.a.w yang dermawan dan memelihara mereka dan keluarga mereka di dunia dan akhirat, amiin ya Rab.
Puan Azila bt. Hj. Mohamed Maizuri
Encik Mohd. Nasir bin Hj Abdullah
Encik Zol Bakar bin Ismail
Puan Hairani (Isteri kepada Encik Zulkefli bin Zainudin)
Encik Muhammad bin Isa